Minggu, 16 Februari 2014

Mesyuarat Khas Wanita Umno Kalabakan Sabtu Ini


TAWAU – Mesyuarat khas pemilihan Wanita Umno Kalabakan akan diadakan Sabtu ini bagi mengisi 14 kekosongan anggota jawatankuasanya, kata Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata mesyuarat itu sebagai mematuhi arahan Umno pusat selepas 14 exco Wanita bahagian tersebut meletak jawatan yang dimenangi mereka dalam pemilihan 12 Oktober lepas.

“Kesemua yang meletak jawatan bulan lepas tidak dibenar untuk bertanding semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Ghapur berkata langkah itu bagi memastikan tidak ada lagi exco yang bertindak meletak jawatan selepas pemilihan kali ini.

Wanita Umno Kalabakan menjadi tumpuan apabila 14 anggota exconya meletak jawatan beberapa hari selepas pemilihan atas alasan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan tersebut.

Dalam pemilihan itu, penyandang Ketua Wanita Kalabakan Datuk Hamisa Samat tewas di tangan Naib Ketuanya Cahaya Sulaiman. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. dewi sri - Posts · Comments
Powered by Blogger