Jumat, 31 Januari 2014

Gambar Blackout Ketika Undi Versi Cerah

- 0 komentar


Gambar Blackout Masa Undi Versi Terang

Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu

.
lampu padam pru1 Gambar Blackout Masa Undi Versi Terang

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13. “Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

serdang Gambar Blackout Masa Undi Versi Terang

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang. Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.

Menurut Noor Hanim, gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku,” kata Noor Hanim dalam kenyataannya.
“Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. “SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti,” kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

Katanya, ternyata tinjauan penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau (Wan Ahmad) bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. “Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.

“Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut,” katanya. Noor Hanim juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

“Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan,” katanya. Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon beliau juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. “Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas,” katanya. -HD

xlupa
[Continue reading...]

Kamis, 30 Januari 2014

Tasha Shila Jawab Isu Pakai Baju Bersalib

- 0 komentar
Tasha Shila


KUALA LUMPUR – Aktres Tasha Shila mempersoalkan kewajaran pihak-pihak tertentu yang menimbulkan cerita adanya simbol salib pada baju yang dipakainya ketika majlis pelancaran tema pakaian ‘fairy tale’ untuk Anugerah Skrin 2012.
Pada majlis itu, beberapa orang artis wanita telah mengadakan peragaan pakaian di atas pentas termasuklah Tasha Shila.
Dalam peragaan tersebut, Tasha dilihat telah memakai ‘dress’ labuh rekaan Hazwani Omar dengan jelas menampakkan simbol salib di depannya.
Dengan ‘hadirnya’ simbol yang melambangkan agama lain, Tasha dan pereka pakaian itu dilabelkan sebagai insan yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam.
Tasha bagaimanapun ternyata terkejut dengan dakwaan sedemikian.
“Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha.
“Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu,” kata Tasha yang dipetik dari portal OhBulan.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memanjangkan isu ini, Tasha berkata, isu seperti ini tidak seharusnya timbul.
“Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” katanya.
Bagi Hazwani Omar, dia menjelaskan tiada niat untuk dirinya mereka pakaian dengan bersimbolkan salib.
Hazwani memberitahu simbol itu tidak wujud sebaliknya juluran ikatan ‘hood’ dikepala yang dipakai oleh Tasha terjulur ke depan dan telah menyebabkan ‘munculnya’ simbol salib.
Pun begitu, Hazwani akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.
“Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut.
“Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.
“Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” kata Hazwani.
Oleh: NAIMAH SHAARI
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. dewi sri - Posts · Comments
Powered by Blogger