Selasa, 24 Desember 2013

Kemas Kini 10 2 1 Masih Kekalkan BB World


SET imej bocor yang dimuat naik di internet baru-baru ini yang menunjukkan penggunaan Google Play Store pada peranti BlackBerry Z10 telah menimbulkan khabar angin bahawa BlackBerry mungkin akan menggunakan khidmat Google Play bagi kemas kini BlackBerry 10.2.1 tidak lama lagi.

BlackBerry kekal berahsia tentang kemas kini pada platform mereka. Namun, masih terdapat imeg bocor yang menunjukkan beberapa kemas kini penting seperti Fuse Mode,

BlackBerry Blend Dashboard selain pilihan untuk menggunakan gambar sebagai kata laluan. Pada masa yang sama, Imej penggunaan Google Play yang timbul juga mula menghidupkan perdebatan antara pengguna.

Bagaimanapun, imej-imej tersebut telah terbukti sebagai imej palsu dalam satu kenyatan yang dihantar kepada N4BB.

Blackberry berkata,”Kami mengesahkan bahawa kami tidak merancang untuk menggunakan khidmat Google Play pada BlackBerry. Buat masa ini, BlackBerry World masih lagi sumber utama bagi aplikasi-aplikasi BlackBerry dan kami akan terus berusaha untuk membangunkan mana-mana aplikasi yang disokong oleh platform kami.”

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. dewi sri - Posts · Comments
Powered by Blogger